Bersedialah dengan penilaian nanti

Bersedialah semua warga SMK Kudat untuk menerima penilaian Anugerah Pusat Sumber Negeri Sabah 2013 pada hari Jumaat ini. Semoga kita mampu bersaing dengan sekolah-sekolah yang hebat dan kalau sudah ketentuan rezeki Allah kita akan berjaya.yang penting " buat sehabis baik".Tq semua guru-guru dan pengawas serta pelajar yang tidak jemu membantu

Pusat Sumber Smk Kudat dinilai

Alhamdulillah Pusat Sumber Smk Kudat telah dinilai pagi tadi oleh PTPB dan telah terpilih untuk mewakili zon utara ke pertandingan PSS peringkat negeri Sabah.tahniah semua dan sama2 kita perbaiki segala kekurangan. 

Berusaha dan berusaha

Kelihatan beberapa orang pelajar juga membantu dalam mencantikkan perpustakaan termasuk memurnikan lagi kolam.

Ruangan Baru Serambi Ilmu

Ruangan baharu di Pusat Sumber Smk Kudat. Semoga SERAMBI ILMU ini bermanfaat utk pelajar.insyaallah akan ada penambahbaikan.

Pencalonan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Sabah

Harap semua warga SMK Kudat bersedia untuk pencalonan Psat Sumber Cemerlang Negeri Sabah..Banyak perlu disedia dan disiapkan mohon bantuan kalian....akan dinilai bermula diantara 15-25 April 2013( ikut surat).Kita akan cuba lakukan yang terbaik.Menang atau kalah belakang kira...PSS SMK Kudat PSS berkesan dan Tekal Unggul

Kunjungan Pegawai PPD 2013

Kunjungan sulung tuan pegawai PPD kudat ke SMK kudat diiringi Encik Anuar Ag Ismail.Antara tempat yg dilawati Pusat Sumber Smk Kudat.

Johan Nilam Peringkat Daerah 2013

Tahniah Nur jaynisha japiel berjaya menjadi johan Nilam peringkat daerah Kudat(kategori B.I) 2013..semoga terus berjaya.


Pelajar cemerlang PMR 2012

Tahniah kepada pelajar yang cemerlang..

Forum Sempena Nuzul Al Quran


Alhamdulillah berjaya juga Forum Sempena Nuzul Al Quran

FORUM NUZUL AL-QURAN.... 6 Ogos 2012 bersamaan 17 Ramadhan. Tahniah kepada semua Ahli Panel (U.Zul, U.Latif ,U.Khusaini n U.Azlan), U.Hakim(Pengurus Forum) Terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kerjasama yang diberi dalam menjayakan program ini ...serta semua PK , guru n pelajar SMK Kudat. Semoga Allah swt sentiasa memberkati hidup kita . Amin.....


Adab Menuntut Ilmu


Jika kita soroti sejarah, ulama terdahulu mencapai keilmuan yang tinggi kerana mereka menjaga adab ketika belajar. Seperti seorang peminta sedekah yang diberikan wang, bagaimana reaksinya? Pastinya sungguh bersopan, merendah diri dan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada si pemberi sedekah.
Sama jugalah kepada para penuntut ilmu, perlulah menjaga segala adab agar keberkatan dan kebaikan sesuatu ilmu itu tersemat dalam dirinya.

Antara adab menuntut ilmu yang digariskan Islam:
  1. Betulkan niat hanya kerana Allah.
  2. Mengambil wuduk sebelum memulakan pelajaran.
  3. Berdoa kepada Allah agar diberi kefahaman.
  4. Bersungguh-sungguh.
  5. Bersabar ketika berada dalm majlis ilmu.
  6. Menghormati guru dan tidak menyinggung perasaannya.
  7. Memberi penghormatan kepada buku dengan tidak meletakkannya merata-rata, tidak memijak, melangkah atau duduk diatasnya.
  8. Bertanya jika ada perkara yang kurang difahami.


Sumber :Adab Menuntut Ilmu

Kepentingan Membaca


Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada zaman globalisasi.  Setiap insan yang berilmu akan mampu untuk bersaing dalam zaman ledakan maklumat ini.  Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”  Berdasarkan maksud ayat ini jelaslah kepada kita hanya orang yang membaca dapat menambah ilmu serta dapat menggunakan ilmu tersebut untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Buku, baca dan tulis sememangnya konsep ‘Iqra’ dalam kehidupan.  Ketiga-tiganya bersatu harmonis sepanjang sejarah kehidupan manusia untuk merakam, mendokumentasi dan memberi penawar kepada manusia seperti kata Ann Quindlen dalam bukunyaHow Reading Changing My-Life(1998):“Saya percaya membaca pelbagai karya orang luar akan mengajar kita untuk mengetahui, menghayati dan mentafsir pengalaman orang lain dan hal ini menjadikan saya menemui mutiara-mutiara baru dalam kehidupan saya”.  Di samping itu, ada pendapat yang mengatakan menulis adalah satu terapi untuk mengatasi trauma dan kekecewaan selain budaya  menulis itu sebagai pengasah minda. Selain itu, Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas pernah menyebut bahawa“Tanpa berlengah-lengah saya membuat keputusan bahawa sumbangan yang abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini adalah menulis sebuah buku kerana sebuah buku dapat kekal lama selepas kerajaan, manusia, negara, catatan pemikiran dan tindakan manusia.”Sememangnya membaca itu dapat mengungkapkan dialog, kekayaan imaginasi, luapan emosi dan gelora kreativiti berkenaan hal-hal yang bersahaja sehingga ke peristiwa agung dalam kehidupan.  Kesimpulannya menerusi buku dan pembacaan manusia terus hidup di dalamnya.

Membaca mempunyai perkaitan yang cukup rapat denganbudaya Ilmu dan kewajipan untuk menuntut ilmu.Sesungguhnya kewajipan menuntut ilmu ini tidak hanya difokuskan kepada para pelajar sahaja tetapi kepada seluruh umat manusia kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda,“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.  Jika diteliti, baharulah kita menyedari bahawa menuntut ilmu ini  jika semakin didalami, didapati semakin banyak pula yang tidak diketahui.  Ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud”Sekiranya lautan menjadi tinta untuk melukiskan kalimat-kalimat Allah S.W.T  nescaya tinta itu akan habis sebelum selesai ditulis kalimat-kalimat itu”. Ini jelas menunjukkan yang ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan manusia terutamanya ketika semua pihak sedang bersaing untuk mencari ilmu yang berkualiti bagi pembangunan dan kemajuan sesuatu bangsa.

Dalam hal ini, prasyarat bagi pembangunan dan kemajuan sesuatu bangsa ialah penguasaan ilmu pengetahuan dan pembinaan budaya ilmu yang cemerlang. Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang baik. Hal ini kerana ilmu dalam diri setiap individu atau bangsa, bukan sahaja kekal tetapi boleh memberikan keupayaan memulihkan diri dalam menghadapi sebarang kerumitan dan cabaran.

Dengan perkataan lain, dalam mana-mana bangsa yang bertamadun dan maju, ilmu adalah aspek yang begitu dominan dalam proses pembinaannya. Budaya ilmu itu berkembang dan dikembangkan kepada setiap masyarakat pada tahap awal era perubahan sehingga zaman peningkatan dan konsistensi kecemerlangan. Ibnu Khaldun dalam bukunyaMukadimahpernah berkata bahawa“Kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa  tersebut.”

Sesungguhnya, hanya dengan mempunyai ilmu yang mantap sahajalah, para pelajar pada hari ini akan memiliki jati diri yang unggul dan terselamat daripada terjebak dalam gejala sosial yang tidak diingini sekaligus akan memenuhi hasrat kerajaan untuk mencapai tahap Negara maju mengikut acuan tersendiri menjelang tahun 2020. Segalanya bermula dengan kalimah MEMBACA !.


Sumber :Kepentingan Membaca